Monday 10 March 2014

Skuad Perbarisan SK Tebakang Pertahan Gelaran Juara
25 Feb 2014— Syukur Kehadrat Ilahi, sekali lagi Skuar Perbarisan Sekolah telah melakar kejayaan iaitu Johan dalam Pertandingan  Perbarisan Lintas Hormat sempena pembukaan rasmi Kejohanan Sukan dan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Daerah Serian bagi tahun ini.Dengan kejayaan ini, bermakna ini adalah kali ke-6 berturut-turut kita memenangi pertandingan tersebut semenjak kita menjuarainya pada tahun 2008 (tahun 2010 ianya tidak dipertandingkan) 
          “Pada mulanya, kita agak berdebar kerana banyak sekolah telah mengambil perhatian dan bersedia untuk mencabar kita pada tahun ini, namun kesungguhan dan disiplin yang tinggi dari kalangan wakil sekolah kita, sangat-sangat cemerlang, mereka berlatih setiap petang di bawah terik matahari dan rintisan hujan juga. Syukur akhirnya kita menjuarainya lagi ” jelas Cikgu Anikko selaku jurulatih skuad perbarisan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada Skuad Perbarisan Sekolah, tahniah diucapkan.


No comments:

Post a Comment