Sunday 15 January 2012

Selamat Datang Tahun Baru 2012

Masih belum terlambat untuk kami di Blog PSS SK Tebakang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga di tahun baru ini kita semua akan terus meningkatkan mutu kerja khususnya mutu pendidikan di sekolah kita. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha dan menyumbangkan bakti dalam membimbing dan mendidik murid-murid selama ini dan lebih khususnya dengan kejayaan UPSR 2011 iaitu sebanyak 82.76% kelulusan. Semoga sasaran bagi tahun 2012 ini iaitu 84.31% kelulusan. Semoga semua akan berjalan lancar...