Thursday 13 October 2011

RISALAH PSS BIL 23 OGOS 2011...

14 OKT - Risalah PSS Bil 23 bulan Ogos 2011 telah diupload hari ini. Layari link di ruangan RISALAH PSS   untuk mendapatkan laporan-laporan aktiviti sekolah pada bulan Ogos yang lalu..

Monday 8 August 2011

RISALAH PSS BIL 22 JULAI 2011...

9 Ogos - Risalah PSS Bil 22 bulan Julai 2011 telah diterbitkan hari ini. Layari link di ruangan RISALAH PSS   untuk mendapatkan laporan-laporan aktiviti sekolah pada bulan Julai yang lalu..


Monday 18 July 2011

Anugerah Bulanan NILAM (Bulan Mei & Jun)

18 Julai - Tiga lagi murid telah berjaya mendapat pingat Gangsa bagi bulan Mei dan Jun. Mereka ialah Mohd Nasir Mohd Ata (Tahun 3), Nur Rasyiqah Bt Rahman, Tiffany Lyn Ak Nyuhen (Tahun 2). Dengan pelantikan mereka itu, SK Tebakang telah mempunyai 20 orang pemegang Gangsa, 3 orang Perak, 1 orang Emas dan 1 orang NILAM..
           Manakala bagi pembaca paling banyak bagi bulan Mei ialah Tiffany Lyn (Tahap 1), Mariah Izzaty dan Dayang Nurzalifah (Tahap 2). Bagi bulan Jun pula Nur Rasyiqah Rahman (Tahap 1) dan Mariah Izzaty (Tahap 2).
             Secara keseluruhannya, tahap pembacaan dan penglibatan murid dalam program NILAM masih boleh dipertingkatkan. Selamat membaca...

Thursday 14 July 2011

Lawatan Program Data Dokumentasi Prasekolah Universiti Malaya

14 Julai - Seramai 14 orang mahasiswa/i dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kaunseling Universiti Malaya telah datang ke SK Tebakang bersama 2 pensyarah mereka iaitu Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan Dr Razak Zakaria. Rombongan lawatan tiba di SK Tebakang seawal jam 9.15 pagi dan diberikan taklimat oleh En. Noriman Zainny, Guru Besar SK Tebakang. Selepas selesai minum pagi, ahli rombongan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menjurus kepada Prasekolah dan kumpulan Kaunselor yang akan memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6.

Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor selaku Ketua Rombongan menjelaskan antara objektif lawatan ialah:
1. Sebagai pendedahan kepada penuntut Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang bakal menjadi guru Prasekolah begitu juga kepada penuntut Sarjana Muda Kaunseling yang bakal menjadi kaunselor.
2. Sebagai pendedahan kepada dunia pendidikan prasekolah yang sebenar.
3. Menggunakan sebaik mungkin segala ilmu yang dipelajari selama 4 tahun di universiti dalam meningkatkan mutu dan kualiti PnP Prasekolah.

Antara pengisian program lawatan ini ialah latihan mengajar kelas Prasekolah, sesi motivasi dan kaunseling murid-murid tahun 6, bengkel "Big Book" dan membuat mural di dinding bangunan Prasekolah. Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan senyuman kepuasan daripada pihak sekolah dan juga pihak rombongan.






          



Blog PSS Dilancar...

14 Julai 2011 - Hari ini, merupakan hari bersejarah di mana blog PSS SK Tebakang dilancarkan sebagai rangkaian sokongan kepada blog SK Tebakang. Segala komentar dan pandangan boleh diutarakan untuk penambahbaikan di masa akan datang.