Thursday 14 July 2011

Lawatan Program Data Dokumentasi Prasekolah Universiti Malaya

14 Julai - Seramai 14 orang mahasiswa/i dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kaunseling Universiti Malaya telah datang ke SK Tebakang bersama 2 pensyarah mereka iaitu Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan Dr Razak Zakaria. Rombongan lawatan tiba di SK Tebakang seawal jam 9.15 pagi dan diberikan taklimat oleh En. Noriman Zainny, Guru Besar SK Tebakang. Selepas selesai minum pagi, ahli rombongan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menjurus kepada Prasekolah dan kumpulan Kaunselor yang akan memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6.

Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor selaku Ketua Rombongan menjelaskan antara objektif lawatan ialah:
1. Sebagai pendedahan kepada penuntut Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang bakal menjadi guru Prasekolah begitu juga kepada penuntut Sarjana Muda Kaunseling yang bakal menjadi kaunselor.
2. Sebagai pendedahan kepada dunia pendidikan prasekolah yang sebenar.
3. Menggunakan sebaik mungkin segala ilmu yang dipelajari selama 4 tahun di universiti dalam meningkatkan mutu dan kualiti PnP Prasekolah.

Antara pengisian program lawatan ini ialah latihan mengajar kelas Prasekolah, sesi motivasi dan kaunseling murid-murid tahun 6, bengkel "Big Book" dan membuat mural di dinding bangunan Prasekolah. Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan senyuman kepuasan daripada pihak sekolah dan juga pihak rombongan.






          



No comments:

Post a Comment