Monday 10 March 2014

Skuad Perbarisan SK Tebakang Pertahan Gelaran Juara
25 Feb 2014— Syukur Kehadrat Ilahi, sekali lagi Skuar Perbarisan Sekolah telah melakar kejayaan iaitu Johan dalam Pertandingan  Perbarisan Lintas Hormat sempena pembukaan rasmi Kejohanan Sukan dan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Daerah Serian bagi tahun ini.Dengan kejayaan ini, bermakna ini adalah kali ke-6 berturut-turut kita memenangi pertandingan tersebut semenjak kita menjuarainya pada tahun 2008 (tahun 2010 ianya tidak dipertandingkan) 
          “Pada mulanya, kita agak berdebar kerana banyak sekolah telah mengambil perhatian dan bersedia untuk mencabar kita pada tahun ini, namun kesungguhan dan disiplin yang tinggi dari kalangan wakil sekolah kita, sangat-sangat cemerlang, mereka berlatih setiap petang di bawah terik matahari dan rintisan hujan juga. Syukur akhirnya kita menjuarainya lagi ” jelas Cikgu Anikko selaku jurulatih skuad perbarisan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada Skuad Perbarisan Sekolah, tahniah diucapkan.


Monday 10 February 2014

Story Telling Competition Zone Payau
Date: Wednesday 05 February 2014
Time:08.30 am-12.00 pm
Place: School Hall (SK Lobang Batu)

Total Of Participants : 11 pupils
Our School Representative: Aiza Natasha Ak Lucy (Year 5)
Placing: Consolation Prize

Sunday 9 February 2014

Lembaran Baru 2014 Titip Semangat Baharu...
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, setelah seketika, blog PSS SK Tebakang tidak dikemaskini, akan mula dikemaskini dari masa ke semasa berkat semangat baru yang dilhamkan  dari kembalinya kami para guru dan staf SK Tebakang ke Bangunan Baharu Blok Pentadbiran. Dengan harapan yang besar, kami bertekad untuk meningkatkan komitmen demi mencapai visi sekolah khususnya iaitu SK Tebakang Cemerlang 2015.Semoga dipermudahkan segala urusan



Sunday 15 January 2012

Selamat Datang Tahun Baru 2012

Masih belum terlambat untuk kami di Blog PSS SK Tebakang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga di tahun baru ini kita semua akan terus meningkatkan mutu kerja khususnya mutu pendidikan di sekolah kita. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha dan menyumbangkan bakti dalam membimbing dan mendidik murid-murid selama ini dan lebih khususnya dengan kejayaan UPSR 2011 iaitu sebanyak 82.76% kelulusan. Semoga sasaran bagi tahun 2012 ini iaitu 84.31% kelulusan. Semoga semua akan berjalan lancar...

Thursday 13 October 2011

RISALAH PSS BIL 23 OGOS 2011...

14 OKT - Risalah PSS Bil 23 bulan Ogos 2011 telah diupload hari ini. Layari link di ruangan RISALAH PSS   untuk mendapatkan laporan-laporan aktiviti sekolah pada bulan Ogos yang lalu..

Monday 8 August 2011

RISALAH PSS BIL 22 JULAI 2011...

9 Ogos - Risalah PSS Bil 22 bulan Julai 2011 telah diterbitkan hari ini. Layari link di ruangan RISALAH PSS   untuk mendapatkan laporan-laporan aktiviti sekolah pada bulan Julai yang lalu..


Monday 18 July 2011

Anugerah Bulanan NILAM (Bulan Mei & Jun)

18 Julai - Tiga lagi murid telah berjaya mendapat pingat Gangsa bagi bulan Mei dan Jun. Mereka ialah Mohd Nasir Mohd Ata (Tahun 3), Nur Rasyiqah Bt Rahman, Tiffany Lyn Ak Nyuhen (Tahun 2). Dengan pelantikan mereka itu, SK Tebakang telah mempunyai 20 orang pemegang Gangsa, 3 orang Perak, 1 orang Emas dan 1 orang NILAM..
           Manakala bagi pembaca paling banyak bagi bulan Mei ialah Tiffany Lyn (Tahap 1), Mariah Izzaty dan Dayang Nurzalifah (Tahap 2). Bagi bulan Jun pula Nur Rasyiqah Rahman (Tahap 1) dan Mariah Izzaty (Tahap 2).
             Secara keseluruhannya, tahap pembacaan dan penglibatan murid dalam program NILAM masih boleh dipertingkatkan. Selamat membaca...